Ladang Amal.

🌼 HIDUP INI LADANG AMAL

  1. Jika rumah kita kemas dan tersusun, kita akan sentiasa bersedia untuk meraikan tetamu.
  2. Begitu juga kehidupan kita. Jika sentiasa melakukan amal soleh, kita sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.
  3. Ajal itu datang tepat pada waktunya. Tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat.
  4. Sentiasa berdoa penuh harap pada Allah moga Allah akhirkan hidup kita dalam husnul khotimah.
  5. Hidup adalah untuk mati. Dan alam kematian kembali hidup untuk bersoal jawab dengan malaikat munkar dan nakir
  6. Kembali dimatikan dan dihidupkan untuk hisab dalam perjalanan mahsyar yang panjang
  7. Keputusannya sama ada syurga dan itulah kejayaan yang besar untuk kita atau neraka kegagalan yang membawa penderitaan tanpa sudah.
  8. Raihlah cinta, kasih, berkat dan rahmat Allah di dunia.
  9. Dunia adalah ladang amal sebelum sampai ke akhirat transit terakhir.
  10. Kalam Allah Surah Al Mukminun , Ayat 37

إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

“Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.

Minda wanita.

NAJIB BUKAN PELAKUNYA.
USD681 JUTA TELAH DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB DI AMBANK.

Mengikut analisis kewartawanan daripada buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ Benar atau Fitnah yang ditulis Ibuyati pada 2018, merumuskan bahawa bekas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah pelaku sebagaimana keputusan mahkamah baru-baru ini, yang kini dalam peringkat rayuan.

Bagi memudahkan kefahaman dan supaya nampak lebih jelas, sila rujuk rajah aliran wang daripada 1MDB ke akaun Najib.

Berikut penulis cuba jelaskan secara ringkas dan cuba perhatikan, dimanakah penglibatan?

  1. 1MDB menerusi 1GIL (1MDB Investment Limited) telah menerbitkan jualan Bon pada 2013 bernilai USD38 Bilion.
  2. Tarikh tutup jualan bon ini ialah pada 19.3.2013, dan matang (boleh ditebus semula) pada 2023.
  3. Pada hari yang sama iaitu 19.3.2013, sejumlah USD2.71 Bilion telah dimasukkan ke Bank of New York Mellon.
  4. Pada hari yang sama iaitu 19.3.2013, sejumlah USD2.709 Bilion telah dipindahkan ke BSI Lugano.
  5. Dua hari kemudian pada 21.3.2013 sejumlah USS646,464,649 telah dipindahkan ke Devonshire Capitol Growth Fund (BVI).
  6. Antara 21 hingga 27.3.2013 sejumlah USD414,756,416 telah dipindahkan ke Enteprise (di Curacao).
  7. Antara 21 hingga 22.3.2013 sejumlah USD531,090,534 telah dipindahkan ke Cristique (di Curacao).
  8. Pada 21.3.2013 sejumlah USD210 Juta telah dipindahkan ke BSI Bank Singapore.
  9. Pada 21.3.2013 juga sejumlah USD430 Juta telah dipindahkan ke Granton (1st Credit).
  10. Pasa 21.3.2013 juga sejumlah USD375 Juta telah dipindahkan ke ING Netherland.
  11. Pada 22.3.2013 sejumlah USD250 Juta telah dipindahkan ke ING Netherland.
  12. Pada 25.3.2013 sejumlah USD378 Juta dipindahkan dari BSI Bank Singapore ke syarikat Tanore (syarikat Jho Low, yang berpengkalan di Singapore, menggunakan nama Tan) dan kemudiannya dipindahkan ke Granton.
  13. Pada 21.3.2013 sejumlah USD620 Juta telah dipindahkan dari Tanore ke JP Morgan & Well Fargos US.
  14. Pada 25.3.2013 sejumlah USD61 Juta telah dipindahkan dari Tanore ke JP Morgan & Well Fargos US.
  15. Kemudiannya sejunlah USD681 Juta di JP Morgan itu dipindahkan ke Akaun Najib di Ambank Malaysia.
  16. Pada 26.8.2013 sejumlah UAD620,010,715 TELAH DIKEMBALIKAN OLEH NAJIB KEPADA TANORE.

Dalam semua 16 transaksi duit diatas, DIMANAKAH ATAU YANG MANAKAH NAJIB ADALAH PELAKUNYA?

Hanya yang terakhir sahaja iaitu yang ke 16, melibatkan Najib tetapi itu untuk mengembalikan wang dari Tanore (Jho Low) kepada Tanore semula.

Tindakan Najib memulangkan wang yang ‘TELAH TERSALAH MASUK KE AKAUNNYA’ sama sekali bukanlah jenayah, pengubahan wang haram, rasuah atau sebagainya tetapi adalah tindakan terpuji sebaik diketahuinya.

Persoalannya, dalam 15 peringkat memindahkan USD681 Juta duit hasil jualan bon 1MDB itu siapakah pelakunya? Sudah tentu mudah untuk dikenalpasti kerana semua transaksi wang perbankan dan sebagainya mempunyai rekod. Satu ringgit pun direkodkan inikan pula USD681 Juta atau RM2.6 Bilion (pada kadar tukaran 3.8).

Soalan kedua, bagaimanakah PH boleh menuduh bahawa Najib adalah penyangak pencuri penyamun perompak duit 1MDB?

Diharap dengan penjelasan bukti yang disembunyikan ini dari pengetahuan orang awam semoga kita semua tidak termakan dan menyebarkan hasutan dan fitnah ini.

Bagi orang Islam, dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh. Maka jika dibunuh dan hartanya dirampas pun masih tidak cukup untuk menebusnya.

Quran juga perintahkan, PERANGILAH PEMFITNAH ITU WALAU DIMANA MEREKA BERADA SEHINGGA TIDAK ADA LAGI FITNAH.

Bagi sesiapa yang telah memfitnah Najib itu tanpa pengetahuan mengenainya, mohonlah keampunan dan kemaafan daripadanya.
t.me/mindawanita2020

Surah An Nur. Ayat 54.

قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا عَلَيۡهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيۡكُم مَّا حُمِّلۡتُمۡۖ وَإِن تُطِيعُوهُ تَهۡتَدُواْۚ وَمَا عَلَى ٱلرَّسُولِ إِلَّا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah lagi (kepada mereka): ” Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata”.

(English Transliteration)
Qul ateeAAoo Allaha waateeAAooarrasoola fa-in tawallaw fa-innama AAalayhi mahummila waAAalaykum ma hummiltum wa-in tuteeAAoohutahtadoo wama AAala arrasooli illaalbalaghu almubeen

-Surah An-Nur, Ayah 54